Sunday, December 9, 2012

Sweet EXPERIENCE @ FAMOUS NASI AYAM !!

Haiiii!!..Kenangan terindah bersama FAMOUS!!

 ~Teruja ke tak tengok ayam ni????~

Sempat sebulan je aku keje kat cni. Time tu mula la berangan nak meniaga makan plak nyer,haha. Restoren Famous Nasi Ayam dengan trademark diorang, 

'TERBAYEKKK....' @
'SERIOUSLY DELICIOUS, SERIOUSLY TERBAYEK...' 

Restoren nih hasil perkongsian idea dan usahasama sepupu aku dengan sahabat baik dia.Restoren ni dibuka pada 1 September 2012.Aku start keje 4 September, saja la keje sementara cari PENGALAMAN, cari FULUS..hahaha.. Lagi pon PENGALAMAN takleh dijual beli, tak ternilai harga nya, melainkan kalo kita sendiri merasai peristiwa @ kejadian tersebut...wah gitu....hehe

Kerja aku handle bahagian depan a.k.a Frontliner - mengemas, amik oder, hantar oder, bersihkan meja, cashier..pendek kata multi-tasking la..klo ada keje2 kat dapur yang perlu bantuan tu, kene la turun dapur jap, tapi bukan la tolong masak yer, tolong makan tu ada la,ehe..


~Restoren ni tepi jalan jer kat Jalan Kapar, kalo daripada Meru restoren ni kat sebelah kanan, kalo daripada Bandar Klang sebelah kiri. Betul2 berhadapan dengan Masjid Kubah Hijau, sebelah Maahad Tahfiz dan PAPA Seafood.~
  
~Duta Famous Nasi Ayam ni nama nyer QYQY, anak kepada Tokey restoren.~


~Kalo nak buat tempahan untuk kenduri-kendara, majlis apa2 ker korang leh contact 2 orang TOKEY ni.~

~Nih dia orang kuat Famous Nasi Ayam, termasukla aku, dulu la..hehe~


Nih antara menu yang ada di Famous Nasi Ayam, dah tentunya menu utamanya adalah Nasi Ayam!!
  

~Famous Nasi Ayam X-tra dengan suku peha ayam (RM 8.90)~

~Famous Bakso Mee@Bihun Special (RM5.50)~


~Famous Soto Special (RM5.50)~


Ok, yang ni plak antara menu terbaru.Menu akan d update dan d perbanyakkan dari semasa ke semasa. Yang penting semua menu ni asas nye adalah AYAM...
~Famous Nasi Ayam dengan Sos Lada Hitam~


~Famous Meat Balls~

~Famous Roti Jala dengan Kari Ayam~

Dengan kepakaran dan kehandalan yang dimiliki oleh TOKEY2 ni, strategi pemasaran yang mantap telah dirangka dan dilaksanakan dengan baik. Antara nya bila FAMOUS NASI AYAM masuk BERITA HARIAN.Hoyehhhh!!!



Akhir sekali, ni la dia FEEDBACK daripada customer2 yang dah CUBA TRY TEST produk Famous Nasi Ayam, tengok gaya pun dah tahu kan. So korang bila lagi??? Tak kan tak teringin kot....haha


Berita yang terkini, dalam pertengahan bulan12 Jalan2 Cari Makan akan shoot kat Famous tau. Tahun depan bulan1 mungkin akan masuk tv3!!..mantap tak mantap. Hasil kerja keras TOKEY2 dan staf yang memang mantap. Wahh..puji habis gitu! So nantikan la kemunculan FAMOUS NASI AYAM di kaca TV anda!!

P/S: Jom LIKE fan page FAMOUS NASI AYAM at 
http://www.facebook.com/FamousNasiAyam

My Pet ~ Hedgehog a.k.a Landak

Assalamualaikum!
Selamat Sejahtera!
Salam 1 Malaysia!

Wahhhh!!...dah lama aku tak menaip dalam blog ni, baru hari ni mood RAJIN wujud, tu yang Alhamdulillah bersua kita kembali.Ececeh...dah macam ape daa....hehe.

Hari ni aku nak share something dengan korang, ikutkan perkara ni berlaku pada hari Jumaat, 7hb12 2012. Sebenarnya aku ada bela 2 ekor pet yang nama Inggeris nya HEDGEHOG,tapi nama Melayu aku tak pasti, paling senang panggil landak ar, tapi jangan salah faham, bukan landak kat hutan tu yang besar, yang boleh tembak orang dengan duri dia tuh!..tak,tak..bukan,bukan. Ni landak memang untuk di jadikan PET, walaupun sekarang aku agak2 tak ramai orang nak bela, hanya orang2 yang tertentu je bela, maksud aku yang BERANI!!..hEHE..bukan ape, landak ni kan ada DURI, TAJAM, nak kata kan manja tu takde la sangat, tapi kalo kena cara memang JINAK la. Setakat ni aku punya jari tak pernah la diorang gigit, adik aku 2 orang dah kene gigit. alar...bukan gigit betul2 pon, gigit MANJA je, tula sapa suh main2 jari depan muka diorang, kan dah kene NGAPPP!!..Hahaha

Berbalik pada citer landak tadi kan, aku ada 2 ekor landak, masa amik diorang tu umor dalam 3 bulan la.. landak ni sedara aku punye, beli kat dy. masa amik tu bajet 2 ekor ni JANTAN la, siap dah cek dah bahagian TUTT nyer tu, dengan confidence nyer la JANTAN, menurut info yang sedara aku tu bagi la. Sebabnya aku tak nak amik sepasang takut nanti beranak-pinak, malas plak nak mengelolakan nya.. Okla, bawak balik rumah..beberapa hari kemudian, masa pegang2 tuh, aku prasan la diorang punya bahagian PENYUSUAN tu timbul.."Eh, betul ke nih jantan?". Aku dah mula tertanya2. Pastu pegi check kat tenet pasal PET ni, Larrrr....baru aku tahu JANTAN punya camne, BETINA punyer macam mana..Rupa2nyer selama ini ku sangka kan Jantan, rupe2nye Betina..ish,ish....tapi kire okla, 2-2 sama jantina, takda la nak gaduh2. Sebab mengikut pembacaan aku, kalo 2-2 jantan kemungkinan akan ada pergaduhan, konon nye ABANG KAWASAN la..faham tak?? huhu..

Bela punya bela, sampai la tarikh yang bersejarah di mana sekor dpd diorang BERANAK!!! Terkejut aku, sempat plak dia buat dgn adik beradik dy ye,huhu..Alhamdulillah...lahir nya 4 ekor BABY LANDAK, tapi sekor meninggal, xtahu nape, mungkin tak cukup bulan kot sebab duri takda pon. Dan yang bagusnya, sifat KEIBUAN memang ada pada mak dia ni. Bukan apa, menurut sedara aku, landak dia masa kelahiran yang pertama, baby nyer mati, sama ada kene makan, kene tindih. Kelahiran yang ke3 @ ke4 baru landak dia pandai jaga baby nyer. Yang aku bela 2 ekor ni anak2 dia la ni,hehe.



  ~Haaaa..ni dia BABY LANDAK, 2 ekor yang sempat aku kidnap jap.~


~Ni plak hasil sekodeng, tengok apa yang dia buat kat baby dia.~


~Cute tak!!!..asal keluar pon dah ada DURI, huhu..comel jer yang terlentang tuh,hihi..Aku punye keje la tuh, terus mak dia datang bila dengar anak nye bising,huhu..~

Jadi sapa2 berjinak nak bela landak ni, cuba baca2 dulu macam mana cara penjagaan dia, yang penting CUBA TRY TEST pegang diorang!!!..hehehe..