Sunday, December 9, 2012

Sweet EXPERIENCE @ FAMOUS NASI AYAM !!

Haiiii!!..Kenangan terindah bersama FAMOUS!!

 ~Teruja ke tak tengok ayam ni????~

Sempat sebulan je aku keje kat cni. Time tu mula la berangan nak meniaga makan plak nyer,haha. Restoren Famous Nasi Ayam dengan trademark diorang, 

'TERBAYEKKK....' @
'SERIOUSLY DELICIOUS, SERIOUSLY TERBAYEK...' 

Restoren nih hasil perkongsian idea dan usahasama sepupu aku dengan sahabat baik dia.Restoren ni dibuka pada 1 September 2012.Aku start keje 4 September, saja la keje sementara cari PENGALAMAN, cari FULUS..hahaha.. Lagi pon PENGALAMAN takleh dijual beli, tak ternilai harga nya, melainkan kalo kita sendiri merasai peristiwa @ kejadian tersebut...wah gitu....hehe

Kerja aku handle bahagian depan a.k.a Frontliner - mengemas, amik oder, hantar oder, bersihkan meja, cashier..pendek kata multi-tasking la..klo ada keje2 kat dapur yang perlu bantuan tu, kene la turun dapur jap, tapi bukan la tolong masak yer, tolong makan tu ada la,ehe..


~Restoren ni tepi jalan jer kat Jalan Kapar, kalo daripada Meru restoren ni kat sebelah kanan, kalo daripada Bandar Klang sebelah kiri. Betul2 berhadapan dengan Masjid Kubah Hijau, sebelah Maahad Tahfiz dan PAPA Seafood.~
  
~Duta Famous Nasi Ayam ni nama nyer QYQY, anak kepada Tokey restoren.~


~Kalo nak buat tempahan untuk kenduri-kendara, majlis apa2 ker korang leh contact 2 orang TOKEY ni.~

~Nih dia orang kuat Famous Nasi Ayam, termasukla aku, dulu la..hehe~


Nih antara menu yang ada di Famous Nasi Ayam, dah tentunya menu utamanya adalah Nasi Ayam!!
  

~Famous Nasi Ayam X-tra dengan suku peha ayam (RM 8.90)~

~Famous Bakso Mee@Bihun Special (RM5.50)~


~Famous Soto Special (RM5.50)~


Ok, yang ni plak antara menu terbaru.Menu akan d update dan d perbanyakkan dari semasa ke semasa. Yang penting semua menu ni asas nye adalah AYAM...
~Famous Nasi Ayam dengan Sos Lada Hitam~


~Famous Meat Balls~

~Famous Roti Jala dengan Kari Ayam~

Dengan kepakaran dan kehandalan yang dimiliki oleh TOKEY2 ni, strategi pemasaran yang mantap telah dirangka dan dilaksanakan dengan baik. Antara nya bila FAMOUS NASI AYAM masuk BERITA HARIAN.Hoyehhhh!!!



Akhir sekali, ni la dia FEEDBACK daripada customer2 yang dah CUBA TRY TEST produk Famous Nasi Ayam, tengok gaya pun dah tahu kan. So korang bila lagi??? Tak kan tak teringin kot....haha


Berita yang terkini, dalam pertengahan bulan12 Jalan2 Cari Makan akan shoot kat Famous tau. Tahun depan bulan1 mungkin akan masuk tv3!!..mantap tak mantap. Hasil kerja keras TOKEY2 dan staf yang memang mantap. Wahh..puji habis gitu! So nantikan la kemunculan FAMOUS NASI AYAM di kaca TV anda!!

P/S: Jom LIKE fan page FAMOUS NASI AYAM at 
http://www.facebook.com/FamousNasiAyam

No comments: